Perwatakan raja pecut nombor satu Asia, Puripol Boonson, menjadi sorotan pelari pecut negara, Muhammad Haziq Mohd Akhir di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Walaupun pulang dengan tangan kosong dari Jepun, pengalaman berlari bersama Boonson di suku akhir 200 meter lelaki menjadi pengalaman amat bermakna buat penampilan sulung Haziq di temasya empat tahun sekali itu.
Dia mengakui masih kelesuan, Haziq bagaimanapun menegaskan penyertaannya di Kejohanan Varsiti Trek And Field demi pastikan konsistensinya menjelang saingan Kejohanan Sukan Universiti ASEAN yang akan berlangsung Disember depan.
"Sasaran saya memang AUG tetapi rezeki saya ke Sukan Asia terlebih dahulu, untuk AUG saya sasar pingat untuk acara individu walaupun fizikal sedang lesu.
"Saya akan berbincang dengan jurulatih. Saya ambil positif dengan melihat cara dia (Puripol) memanaskan badan, larian dia semua, saya banyak belajar di sana," katanya.
Semalam Haziq sempat membantu kuartet 4x100m UPM yang terdiri daripada Mohammad Thaqif Mohammad Hisham, Reeve Kua, dan Ahmad Amir Aiman Mohd Kamaruddin memastikan podium utama milik mereka menerusi catatan 40.86s.
Terdahulu Haziq menepati sasaran dengan menggondol emas dalam acara kegemarannya iaitu 200m lelaki di hari pertama kejohanan.
"Kami tidak kisah sesiapa yang lari kerana satu pasukan, kami ikut rancangan jurulatih." tambahnya.