Skip to main content

Sepak Takraw

VSL: Atlet IPT makin ramai warnai kancah kebangsaan

j

Penyelaras Varsity Sepaktakraw League (VSL), Mohd Razizi Midin, mengesahkan acara kuadran telah diperkenalkan buat julung kalinya pada musim ini.

Ujarnya, selain mengekalkan acara regu dan doubles, kewujudan acara kuadran dilihat mampu menarik lebih ramai penyertaan mahasiswa di samping membuka peluang buat Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menilai bakat-bakat baru yang mampu diketengahkan.

Advertisement

Antara pemain yang berjaya mencipta nama di pentas VSL ialah apit kiri Selangor yang baru sahaja mengecapi kejuaraan Piala Emas Khir Johari 2026 iaitu Jefri Ahmad serta pelibas negara dalam Piala Asia ASTAF 2025, Khairul Aman Rosdi selain tekong muda kebangsaan, Zuhri Muhammad Zin.

IPT sudah mula sedar bahawa mereka perlu ada program sistematik, selaras dengan saranan kerajaan.

"PSM juga menawarkan Akademi Sepaktakraw Malaysia (ASM) sebagai gelanggang rasmi.

 

 

 

"Hasil pelaksanaan selama tiga tahun ini, semakin ramai atlet terutama sepak takraw yang menyambung pelajaran di IPT.

Semakin ramai bakat baru ditemui seperti penglibatan mereka dalam kejohanan kebangsaan seperti STL (Sepaktakraw League), Piala Tun Ali  dan yang terbaru Piala Khir Johari.

"Pada tahun pertama VSL, hanya 16 atlet terlibat tetapi tahun lalu hampir 40 atlet telah menyertai kejohanan utama peringkat kebangsaan anjuran PSM," katanya. 
 

Must Watch Video