Skip to main content

Sepak Takraw

VSL 2026: Kolej Komuniti Malaysia buka kempen dengan dua kemenangan

VSL 2026: Kolej Komuniti Malaysia buka kempen dengan dua kemenangan
Advertisement

Regu A Kolej Komuniti Malaysia langkah kanan pada aksi hari pertama Grand Final Kejohanan Varsity Sepak Takraw League (VSL) 2026 apabila mencatatkan dua kemenangan dalam aksi Kumpulan A kategori elit, hari ini.

Meskipun hanya mempunyai tempoh latihan bersama selama seminggu sebelum kejohanan bermula, tempoh singkat itu tidak menghalang mereka daripada mempamer keserasian di gelanggang.

Advertisement

Skuad yang dibarisi Muhammad Arif, Muhamad Taufiq Ikhwan, Sharizal Hasmuiz dan Muhammad Aniq Musyrif membuka kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A.

Mereka kemudian meneruskan momentum positif apabila menewaskan Universiti Malaya (UM) B dengan keputusan 2-1.

Advertisement

Dua kemenangan tersebut memberikan permulaan positif buat Kolej Komuniti Malaysia dalam usaha mereka meneruskan cabaran pada Grand Final Varsity Sepak Takraw League 2026.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement