Skip to main content

Sepak Takraw

VSC: Varsity Sepaktakraw League medan curi pengalaman sebelum cipta nama

VSL

Pemain muda sepak takraw kebangsaan, Jefri Ahmad mengakui Kejohanan Varsity Sepaktakraw League (VSL) banyak membantu dalam mematangkan corak permainannya.

Kapten Universiti Putra Malaysia (UPM) itu nyata bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada pemain yang berjaya mencipta nama dalam pentas tersebut.

Advertisement

Bintang Selangor Pistons itu turut berharap penganjuran Varsity Sports Championship (VSC) dan VSL akan terus diperkasa dari masa ke semasa demi pembangunan bakat-bakat atlet di peringkat universiti.

Selain feeder negara itu, antara pemain lain yang turut mengukir nama dalam saingan VSL ialah killer Terengganu, Khairul Aman Mohd Rosdi, tekong, Zuhri Muhammad Zin serta Haikal Huzaimi Abdul Razak.

"Kejohanan ini memberi peluang untuk menambah pemain dan menonjolkan bakat.

"Sasaran saya tahun ini untuk menjuarai setiap siri dan buat yang terbaik untuk UPM.

"Cabaran tetap ada. Harapan saya supaya dapat meningkatkan kemahiran, pengalaman dan membawa nama ke peringkat lebih tinggi," katanya di Nadi Arena. 

Must Watch Video