Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr Hanafiah Ayub, menegaskan pentas Varsity Sports Championship (VSC) 2026 bakal menjadi medan pemilihan atlet negara menjelang kejohanan Sukan Universiti Asia (AUG) yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 19 Disember depan di Kuala Lumpur (KL).
Ujarnya, penting untuk Malaysia mempersiap kontinjen yang benar-benar berkualiti demi merealisasikan misi menamatkan saingan keseluruhan di kelompok tiga kontinjen terbaik.
Advertisement
Untuk rekod, AUG 2024 di Surabaya-Malang Indonesia menyaksikan kem negara menamatkan saingan di kedudukan ketiga terbaik menerusi kutipan 38 pingat emas, 47 perak serta 62 gangsa.
Selaku tuan rumah AUG edisi ke-22 tahun ini, Malaysia bakal mempertandingkan 20 jenis sukan dengan penglibatan 11 buah negara.
"Kami sudah bermula untuk persiapan contohnya daripada segi pengurusan pasukan.
🚨 Selesai majlis pelancaran Varsity Sports Championship (VSC) 2026 yang berlangsung di USM Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Khamis.
More on Nadi Arena 7.30 malam ini@ASTROARENA pic.twitter.com/y96lz4tBcD— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 16, 2026
"Atlet juga sudah mempunyai program di bawah Pusat Kecemerlangan Sukan.
"Melihat kepada negara-negara lain, mereka juga berhasrat untuk menjadi juara keseluruhan.
"Itu cabaran buat kami. Namun, tiada yang mustahil. Kami harus positif dan terus memberi sokongan.
"Pemilihan pemain terlalu subjektif.
"Apabila adanya VSC ini dan atlet mencapai tahap, jika mereka tidak dipilih maka akan timbul persoalan.
"Ini medium sangat penting," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.