Persatuan Menembak Kebangsaan (NSAM) memberi jaminan bahawa tahap kesihatan empat atlet negara yang sedang beraksi dalam Kejohanan Menembak Asia di India berada dalam keadaan terkawal, meskipun negara itu sedang berdepan penularan virus Nipah.
Pengurus pasukan, Mejar (B) Jasni Shaari, memaklumkan setakat ini tiada atlet Nalaysia yang menunjukkan sebarang simptom berkaitan, selain mereka dipantau secara harian oleh pegawai pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.
Advertisement
"Kami menghantar empat atlet senior iaitu Hasli Izwan Amir Hasan, Hafiz Adzha, Mohd Ridhuan Mohamed dan Nur Suryani Mohamed Taibi.
"Kebiasaannya dalam sesuatu kejohanan besar, terdapat pasukan perubatan dan sebagaimana ketika COVID-19, atlet juga perlu berikan perhatian soal ini.
"Tujuan penyertaan kejohanan seperti ini untuk dapatkan kuota dan kejar mata ranking.
"Kalau kami tidak menyertai kejohanan ini, kemungkinan tempat ke Sukan Olimpik adalah sukar," katanya di Nadi Arena.