Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan, tidak dapat menahan sebak selepas impian mara ke pentas akhir dan menyumbangkan emas Piala Asia Aichi-Nagoya 2026 buat kontinjen Malaysia tidak kesampaian.
Mereka tewas melawan kepada wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, sekali gus menyumbangkan pingat gangsa kesembilan buat negara.
Harini dalam sejarah, saya turut menangis bersama atlit, hilang kata kata.
Bila tanya pasal game Pearly / Thinaah borak macam biasa tapi, bila suruh bagi wish untuk peminat time tu mereka breakdown.
Malaysia, let’s continue show your ❤️ to them @ASTROARENA pic.twitter.com/wwB8ZGRWWp— karlnunis (@_karlnunis) September 28, 2026
"Maaf kerana... memang kami mahu ke final dan berharap dapatkan emas untuk Malaysia. Tetapi buat masa ini kami belum ada rezeki.
"Kami akan pulang dan bekerja keras lagi dan harap dapat menang di kejohanan lain." katanya.
Tahniah! Anda tetap kebanggaan Malaysia!