Air mata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, gugur selepas dia menyumbangkan emas menerusi acara keirin lelaki di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Velodrom Izu, sebentar tadi.
The Pocket Rocketman yang sudah beranjak ke usia 38 tahun itu dilihat memeluk Pengarah teknikal program berbasikal negara, John Beasley, selepas berakhir perlumbaan.
Suasana penuh emosi, emas Keirin Sukan Asia Aichi-Nagoya ibarat hadiah perpisahan paling bermakna buat Datuk Azizulhasni Awang kepada John Beasley yang bakal ucap selamat tinggal.🥹🇲🇾👋🏼@ASTROARENA pic.twitter.com/js0cczGbxd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 2, 2026
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan momen itu: " Suasana penuh emosi, emas Keirin Sukan Asia Aichi-Nagoya ibarat hadiah perpisahan paling bermakna buat Datuk Azizulhasni Awang kepada John Beasley yang bakal ucap selamat tinggal." kongsinya.