Skip to main content

Bola Sepak

(Video) Liga Super: Gol luar biasa Melaka buat Syihan Hazmi terkejut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syihan

Melaka pulang dengan jaringan tunggal sagu hati selepas tumpas 1-7 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super minggu ke-10 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Meskipun tidak mampu memberi saingan, namun kejutan berlaku pada minit ke-85 menerusi Abdul Azim Rahim yang merembat jauh dari bahagian tengah padang menewaskan penjaga gol utama Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Advertisement

Jaringan tersebut menjadi bualan di media sosial berikutan kemahiran Azim Rahim melihat peluang untuk sekurang-kurangnya menambah motivasi dirinya menghadapi aksi akan datang.

Dalam aksi tersebut, Harimau Selatan terus melebarkan rekod kemenangan tanpa kalah, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tempat pertama dengan 30 mata.

Dua gol daripada penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva, dua gol daripada Teto Martin, dua lagi daripada Heberty Fernandez termasuk Jonathan Silva cukup untuk mencoret luka buat Melaka yang masih belum memiliki sebarang kemenangan setakat ini.
 

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video