Lim You is you!
Daripada sepakan percuma hingga lencongan dari luar kotak penalti. Kaki kiri berbisa dengan tujuh gol cantik menjadi bualan peminat di media sosial.
Memperkenalkan ubi muda berdarah campuran menjadi tunjang utama kemenangan skuad negara menempah tiket ke separuh akhir Piala Srikandi Merdeka selepas menewaskan Arab Saudi 9-0 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia semalam.
Sebagai makluman, ibu bapa You berasal dari Johor dan dia pula dilahirkan di Taiwan sebelum berkelana ke Amerika Syarikat (AS).
Dan, baru berusia 14 tahun!
Meskipun beraksi dengan 10 pemain ekoran Dishanna Nagarajan Pillay dilayangkan kad merah tetapi, skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16) wanita negara itu mencipta sensasi apabila mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah.
Video:
Masa depan pelapis Malayan Tigress dalam keadaan sempurna!