Skip to main content

Badminton

(Video) Antonsen rempuh servis umpire hingga roboh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

antonsen

Jaguh perseorangan lelaki Denmark, Anders Antonsen, berjuang mati-matian demi pencarian mata sehingga sanggup merisikokan dirinya.

Dalam satu video yang tular di Instagram rasminya, pemain ranking kedua dunia itu merempuh pengadil servis hingga roboh, namun tetap berjaya mendapatkan mata menerusi pukulannya ke arah pihak lawan.

Advertisement

Tersentak, atlet berusia 28 tahun itu segera bangkit seperti tiada perkara serius berlaku.

Antonsen hadir ke China bagi menyertai Badminton Liga Super mewakili Xiamen hujung minggu lalu.

Untuk rekod, dia sudah merangkul 10 gelaran dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Must Watch Video