Skip to main content

Sepak Takraw

Video: 34 tahun lalu, pasukan ini menang emas berganda sepak takraw Sukan SEA Manila

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw emas 1991

Skuad sepak takraw negara mengulangi pencapaian 34 tahun lalu apabila memenangi pingat emas berganda sepak takraw Sukan SEA Thailand baru-baru ini.

Ia dengan menewaskan Thailand dalam final acara regu berpasukan dan Vietnam dalam acara antara regu.

Advertisement

Kejayaan itu menyaksikan kemarau sejak 1991 berhasil ditamatkan selepas kali terakhir Malaysia melakukannya dalam edisi di Manila pada tahun berkenaan.

Dalam acara berpasukan temasya di Manila pada 1991, Malaysia menurunkan Rehan Mohamad Din, Nordin Sabarudin, Malik Samsudin selaku beregu pertama, diikuti gandingan Engku Halim Ku Musa, Raziman Hassan dan Noor Rani Adnan selaku regu kedua selain trio Baharum Jahar, Mohamad Noor Abdullah dan Rosli Abdul Rahman selaku regu ketiga.

Malaysia menang aksi final berkenaan 2-1.

Video final acara berpasukan Manila 1991:


 

Dalam acara antara regu pula, skuad negara ketika itu menurunkan Nordin, Malik dan Rehan untuk memenangi pingat emas hasil kemenangan 15-12, 17-16.

Video final acara antara regu Manila 1991:


 

 

Must Watch Video