Kelab Argentina, Velez Sarsfield, dilaporkan memilih untuk tidak mengekalkan khidmat pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca, bagi saingan musim depan selain tidak akan mengaktifkan pilihan pembelian tetap dari Fortaleza.
Menerusi sebuah portal sukan Argentina, Sabado Velez, menyatakan pemain berusia 25 tahun itu 'hampir pasti' tidak akan menyarung jersi skuad El Fortin itu selepas tempoh pinjamannya berakhir pada 31 Disember ini, malah difahamkan Machuca telah diberikan tempoh bercuti lebih awal.
Advertisement
"Hampir pasti Machuca tidak akan bersama Vélez pada musim 2026. Pinjamannya tamat pada 31/12 dan selepas itu dia perlu kembali ke Fortaleza," katanya.
🔵 Es prácticamente un hecho que Imanol Machuca no seguirá en #Vélez en 2026.
👉 Se acordó una licencia hasta final de contrato, y el jugador ya está de vacaciones.
🔜 Su préstamo vence el 31/12, luego de lo cual debe regresar a #FortalezaEC 🇧🇷
🚫 El 'Fortín' no ejecutará la… pic.twitter.com/6ZWlONrSUX— Sábado Vélez (@sabadovelezok) November 28, 2025
Untuk tekod, sepanjang tempoh pinjamannya di Velez, Machuca telah merekodkan 24 penampilan dengan 16 daripadanya sebagai kesebelasan Utama selain mencipta satu gol dan satu bantuan jaringan.
Malah, dia turut menjadi watak penting pasukannya merangkul dua trofi iaitu Supercopa Internacional pada Julai dan Supercopa Argentina pada awal September lalu.
Dia bersama Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garcas, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Jon Iraurgui dan Hector Hevel menerima hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) -denda sebanyak RM10,500 dan penggantungan 12 bulan daripada aktiviti bola sepak- berhubung kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Disiplin berkaitan pemalsuan dokumen.
