Skip to main content

Sukan Lasak

UTMB 2026: 32 jam 15 minit! Akmal buktikan tamatkan 100KM lebih penting daripada kedudukan

UTMB 2026: 32 jam 15 minit! Akmal buktikan tamatkan 100KM lebih penting daripada kedudukan

32 jam 15 minit 09 saat. Itulah tempoh yang diperlukan pelari tempatan, Muhamad Akmal Muhamad Aziz, untuk menamatkan cabaran 100 kilometer kategori MY-100 Malaysian Ultra-Trail (UTMB) 2026.

Muncul sebagai peserta terakhir yang melintasi garisan penamat, Akmal membuktikan bahawa dalam dunia ultra marathon, kejayaan bukan semata-mata diukur berdasarkan kedudukan.

Sebaliknya, kemampuan bertahan sehingga tamat merupakan kemenangan tersendiri.

Sepanjang laluan 100 kilometer, Akmal berdepan pelbagai cabaran termasuk kekejangan otot yang menguji kekuatan fizikal dan mentalnya.

Namun, dia enggan mengalah sebelum melepasi had masa kelayakan.

Lebih menarik, pengalaman pahit itu langsung tidak mematahkan semangatnya.

Akmal sudah memasang azam untuk kembali tahun depan dan memperbaiki catatan masa.

Sasarannya?

Bawah 24 jam.

“Insya-Allah tahun depan harapan dapat join 100KM dan perbaiki masalah. Perbaiki masa, kalau boleh nak dapatkan bawah 24 jam,” katanya.

Biarpun ketika berlari dia mengaku sempat menyesal kerana menyertai perlumbaan, akhirnya pengalaman itu membuatkan dia mahu mendaftar untuk satu lagi cabaran.

Begitulah dunia ultra marathon -- penat ketika berlari, tetapi sudah ketagih sebelum sempat pulih.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement