Usia 39 tahun ternyata belum mampu memperlahankan Lionel Messi apabila legenda Argentina itu meledak empat gol dan satu bantuan gol untuk membantu Inter Miami membelasah CF Montréal 7-1 dalam aksi Major League Soccer (MLS), awal pagi tadi.
Messi menghasilkan persembahan sensasi dengan dua gol menerusi sepakan percuma, selain jaringan hasil gerakan individunya dan satu gol terakhir pada masa kecederaan untuk melengkapkan kuartet jaringan.
Ia merupakan kali pertama Messi menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan MLS.
Lebih menarik, pemain berusia 39 tahun itu kini mendahului carta penjaring MLS dengan 18 gol, selain menjadi pemain ke-19 dalam sejarah liga berkenaan yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.
Kemenangan besar itu turut menamatkan kemarau lima perlawanan Inter Miami tanpa kemenangan.