Semoga keselamatan bintang muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, dan rakyat Malaysia selamat sejahtera dan di bawah lindunganNya.
Johan atau Jojo memuat naik status penerbangannya di Instagram menyaksikan dia dan keluarga terkandas dari Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz, Jeddah hari ini.
Advertisement
Untuk makluman, jaguh ONE Championship itu dijadual pulang semula ke negara selepas selesai mengerjakan Umrah.
"Perancangan Tuhan," katanya.
Beberapa syarikat penerbangan dunia terpaksa menghentikan operasi seketika susulan konflik peperangan Iran dan Israel yang berlaku sejak semalam.
Stadium Astro dalam masa sama cuba mendapatkan reaksi daripada atlet kelahiran Sarawak itu, namun tiada maklum balas sehingga artikel ini dikeluarkan.
Dalam perkembangan lain, pemain perseorangan wanita dari India, P. V. Sindhu, juga terkandas di Dubai dalam perjalanan menuju Kejohanan Badminton Seluruh England minggu hadapan.
