Skip to main content

Berita Sukan Am

UPM langkaui sasaran, juara keseluruhan buat kali keempat

ikkk

Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) Edisi Ketujuh 2026 secara rasminya melabuhkan tirai dengan menyaksikan temasya itu diwarnai pencapaian dua rekod kebangsaan dan 46 rekod kejohanan dileburkan.

Darren James Nair dari Help University dinobatkan sebagai Olahragawan SUKIPT 2026 selepas cemerlang meraih tiga pingat emas dengan tiga rekod kejohanan dalam acara 10,000 meter, 5,000m dan 3,000m lari berhalangan.

Sementara itu, gelaran Olahragawati milik atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Syahida Asyiqin Rusli, yang memecahkan rekod kebangsaan acara kayak TK1 200m wanita dengan catatan 56.30 saat. 

Turut mencuri tumpuan, skuad menembak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi acara 10m air rifle lelaki yang meleburkan rekod kebangsaan baharu dengan catatan 1,848.4 mata, kedua-dua pencapaian tahap kebangsaan ini secara tidak langsung menyaksikan masing-masing menikmati insentif tunai RM20,000.

Anugerah berprestij itu melengkapkan kejayaan keseluruhan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dinobatkan selaku juara keseluruhan SUKIPT 2026 selepas mendominasi carta pingat dengan 35 pingat emas, 20 perak dan 15 gangsa.

"UPM kembali menjadi juara setelah edisi pertama, ketiga dan kelima.

"Pada asalnya UPM tidak menyasarkan juara keseluruhan  pada 2026, tapi berdasarkan pencapaian dalam kejohanan-kejohanan lain.

"Tapi kami akhirnya tetap bergelar juara," kata Timbalan Ketua Kontinjen UPM, Muhamad Malik Ahmad Tobias.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement