Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Portugal tumbangkan Norway tanpa Ronaldo

dd
Advertisement

Portugal meneruskan aksi cemerlang mereka dalam saingan Kumpulan 4, Liga Negara-Negara Eropah (UNL) apabila berjaya menewaskan Norway dengan keputusan 2-1 meskipun beraksi di tempat lawan pada awal pagi tadi

Jurulatih Portugal, Jorge Jesus, membuat keputusan untuk tidak menurunkan kapten pasukan, Cristiano Ronaldo, namun meletakkan Joao Felix serta Goncalo Ramos mengetuai jentara serangan skuad A Selecao.

Advertisement

Keputusan itu seolah-olah menjadi faktor utama kepada kemenangan anak-anak buahnya setelah kedua-dua penyerang tersebut berjaya menjaringkan gol.

Gol pertama hadir menerusi Joao Felix, yang berjaya menolak masuk hasil hantaran kemas Pedro Neto pada minit ke-17.

Advertisement

Erling Haaland hampir menyamakan kedudukan setelah dapat melakukan percubaan namun dapat dihalang oleh kapten Portugal, Ruben Dias, merangkap rakan sepasukan di peringkat kelabnya, Manchester City.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada lagi gol berjaya dihasilkan pada babak separuh masa pertama.

Aksi separuh masa kedua bermula dengan rancak dan Norway memanfaatkan situasi kelam-kabut berpunca daripada percubaan sepakan percuma kapten mereka, Martin Odegaard. Situasi kucar-kacir di dalam kotak penalti itu lalu disudahkan tak lain tak bukan, Erling Haaland.

Portugal tidak mengambil masa yang lama untuk berikan respon. Mereka kembali di hadapan, tiga minit selepas itu setelah Goncalo Ramos menghukum kesilapan penjaga gol Norway, Orjan Nyland yang gagal untuk menghantar bola dengan kemas.

Orjan Nyland sekali lagi melakukan kesilapan, kali ini pada minit ke-58. Penjaga gol berusia 36 tahun itu keluar dari kotak penalti untuk mengeluarkan bola namun dapat dicuri Goncalo Ramos yang terus menyepak masuk bola ke dalam gawang gol. Mujur, video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan bahawa Ramos berada di kedudukan ofsaid.

Norway yang cuba untuk menyamakan kedudukan, gagal untuk menambah sebarang gol, menyaksikan mereka terpaksa menelan kekalahan pertama mereka dalam aksi UNL di laman sendiri.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan 4 menyaksikan Denmark berjaya menewaskan Wales di lama sendiri dengan keputusan 2-0.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement