Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Juara dunia cemerlang tumbangkan Three Lions

SOCCER-UEFANATIONS:Soccer-World champions Spain punish England errors to win Nations League thriller
Advertisement

Juara Piala Dunia 2026, Sepanyol membuka kempen Kumpulan 3 Liga Negara-Negara Eropah (UNL) dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan England di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Sepanyol bermula dengan garang apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi pemain sayap sensasi, Lamine Yamal, yang bijak memanfaatkan kesilapan Marc Guehi.

Advertisement

Tersentak dengan jaringan awal, pasukan tuan rumah kembali memperkemaskan corak permainan mereka. Hasilnya, anak-anak buah Thomas Tuchel menutup separuh masa pertama dengan cemerlang apabila berjaya menyumbat dua gol pantas pada hujung saingan. Gol pertama yang dijaringkan oleh Anthony Gordon pada minit ke-36 disusuli oleh gol kapten pasukan, Harry Kane empat minit selepas itu.

England membuka separuh masa kedua dengan positif apabila berjaya meraih sepakan penalti setelah video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan bahawa Jude Bellingham telah dijatuhkan kapten Sepanyol, Rodri, di dalam kotak penalti. Namun begitu, Harry Kane gagal mengulangi kecemerlangannya setelah gagal untuk menyudahkan sepakan penalti tersebut apabila ia tersasar ke sebelah kanan pintu gol.

Advertisement

Situasi tersebut diibaratkan sebagai titik kebangkitan pasukan Sepanyol. Luis de la Fuente membuat keputusan untuk membawa masuk Alex Baena serta Mikel Oyarzabal, masing-masing menggantikan Nico Williams dan Ferran Torres bagi menyuntik nafas baharu di bahagian serangan.

Hasilnya, gol penyamaan berjaya diperoleh menerusi Alex Baena hasil percubaan luar kotak penalti yang cantik.

Pertukaran pemain yang tepat sekali lagi menjadi pencetus kecemerlangan Sepanyol apabila Alex Baena kali ini menjadi pembantu jaringan gol kemenangan pasukan yang dijaringkan oleh Mikel Oyarzabal pada minit ke-74.

Kemenangan ini menyaksikan skuad La Roja itu meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada 39 perlawanan.

Sementara itu, satu lagi aksi Kumpulan 3 menyaksikan Croatia berjaya menewaskan Czechia dengan keputusan 2-1 di tempat lawan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement