Skip to main content

Bola Sepak

United lakar tiga kemenangan berturut-turut susulan benam Fulham

United lakar tiga kemenangan berturut-turut susulan benam Fulham

Manchester United meneruskan kebangkitan di bawah bimbingan pengurus sementara, Michael Carrick, yang menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi penuh dramatik saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam.

Penyerang Slovenia, Benjamin Sesko muncul wira skuad Red Devils selepas meledak gol kemenangan pada minit keempat masa kecederaan, sekali gus membuatkan Old Trafford riuh bersorak riang.

Advertisement

Tiga mata yang diraih di laman sendiri membenarkan United menghuni tangga keempat liga dengan 41 mata sementara mengukuhkan lagi reputasi Carrick yang merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Manchester City dan Arsenal dalam dua perlawanan terdahulu.

United di depan hasil jaringan Casemiro pada minit ke-19 sebelum Matheus Cunha menggandakan kelebihan pada minit ke-56.

Fulham seakan diberi harapan untuk berkongsi mata di penghujung perlawanan apabila Raul Jimenez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85 sebelum gol penyamaan pada minit ke-91 yang disempurnakan Kevin.

Bruno Fernandes sekali lagi bertindak sebagai perancang gol United apabila gerakannya berjaya mencari Sesko yang melepaskan rembatan deras dalam kotak penalti untuk memastikan kemenangan buat The Red Devils.
 

Must Watch Video