Skuad badminton wanita negara akan berdepan ranjau besar dalam suku akhir Piala Uber apabila diundi untuk bertemu juara bertahan, China sebentar tadi.
Pasukan wanita negara menamatkan kemarau 16 tahun untuk ke suku akhir kejohanan itu selepas kali terakhir melakukannya pada 2010 tetapi barisan muda negara kali ini dilihat perlu memberikan segalanya untuk sekurang-kurangnya memberikan tentangan buat pasukan gergasi dunia berkenaan.
Advertisement
Naib juara edisi lalu, Indonesia, pula diundi untuk bertemu Denmark manakala Korea Selatan pula akan bertemu Taiwan.
Melengkapkan penentuan ke separuh akhir berkenaan ialah pertemuan di antara Jepun dan Thailand.