Skip to main content

Bola Sepak

Ultras Malaya bukan penyokong subsidi -- pakar

UM

Tuntutan Ultras Malaya terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dianggap wajar dan tidak sepatutnya dipandang remeh.

Sebaliknya, ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak berkepentingan dalam bola sepak negara.

Advertisement

Pemerhati bola sepak negara, Zakaria Rahim, menegaskan kumpulan penyokong itu bukan sekadar suara kecil di stadium tetapi mewakili kelompok besar rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

"Mereka mewakili seluruh penyokong Malaysia, jadi mereka ada hak untuk menuntut apa sahaja yang mereka mahukan," katanya seperti dilaporkan Nadi Arena sebentar tadi.

"Dan mereka tidak berhutang apa-apa dengan FAM, mereka tidak ke stadium dengan tiket subsidi dan sebagainya.

"Mereka beli tiket sendiri dan mereka bertandang juga dengan wang saku sendiri. Mereka tidak mendapat subsidi untuk bergerak.

"Jadi mereka ada hak untuk menuntut apa yang mereka mahu bawakan."

Terdahulu, Ultras Malaya melancarkan ‘boikot fasa 1’ untuk semua perlawanan Harimau Malaya berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat susulan tiga tuntutan yang dikemukakan, iaitu menarik balik kerakyatan tujuh pemain yang terbabit isu pemalsuan dokumen, mengembalikan pengurusan pasukan kebangsaan kepada FAM dan melaksanakan reformasi bola sepak Malaysia.

 

Must Watch Video