Kumpulan penyokong tegar bola sepak Indonesia, Ultras Garuda, terus mempersoal kredibiliti Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Presidennya, Erick Thohir, tentang hala tuju sukan itu selepas gagal mara ke separuh akhir Piala Hyundai ASEAN.
Indonesia terus kempunan merangkul kejuaraan sulung pertanding serantau itu tatkala terus gagal dalam edisi kali ini sejak kali pertama dipertandingkan.
Ultras Garuda menyenaraikan lima kejohanan utama yang gagal termasuk Kelayakan Piala Dunia 2026 tahun lalu.