Skip to main content

Bola Sepak

UKM julang Piala KPT 2025, cipta rekod kejayaan treble

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KPT

Perlawanan Liga Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2025 Piala Menteri Pendidikan Tinggi menyaksikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menewaskan UITM Negeri Sembilan 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Nilai, sebentar tadi.

UKM agresif mengatur serangan sebaik perlawanan bermula sehingga minit ke-15 menyaksikan kelekaan benteng pertahanan UITM dihukum dengan gol pembukaan yang meletakkan mereka di depan terlebih dahulu.

Advertisement

Namun, UITM pula menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan cantik dari jarak jauh untuk menewaskan penjaga gawang UKM di hujung perlawanan babak pertama.

Vickie Owen Marinus menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat UKM sekali gus dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan, manakala Penjaring Terbanyak Liga pula diberikan kepada Mohd Izrin Ibrahim dengan rekod lima gol.

Kemenangan itu menyaksikan UKM turut mendakap gelaran treble dalam selepas menjuarai Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1 2025, menjuarai Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2025 dan Piala Menteri Pendidikan Tinggi Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2025.

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video