Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara kuasa besar sukan universiti apabila menganjurkan Majlis Anugerah Sukan UiTM 2025 dalam suasana penuh gemilang di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Kemuncak majlis menyaksikan detik bersejarah apabila atlet angkat berat negara,Mohamad Aniq Kasdan, sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawan UiTM 2025,
Advertisement
Olimpian itu mencipta rekod tersendiri dengan meraih gelaran tersebut buat empat tahun berturut-turut.
Sementara itu, Nurul Alyani Jamil diumumkan sebagai Olahragawati UiTM 2025, menandakan kemunculan figura baharu yang semakin menyerlah dan menjadi simbol kebangkitan generasi atlet wanita UiTM yang berdaya saing di peringkat nasional.
Sebanyak 18 anugerah utama disampaikan pada majlis tersebut, merangkumi pengiktirafan kepada atlet, jurulatih, pengurus, tokoh alumni serta individu yang menjadi tulang belakang kejayaan sukan UiTM.
Majlis Anugerah Sukan UiTM 2025 bukan sekadar menutup tirai kejayaan malah menjadi titik mula kepadapembinaan legasi baharu lahir daripada keringat, diuji dengan cabaran dan dimahkotakan dengan kejayaan.