Skip to main content

Badminton

Ugut untuk mencederakan, ini sudah melampau - Ong Yew Sin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yew sin

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, menyifatkan Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan ugutan jenayah terhadap dirinya sebagai 'melampau'.

Pemain berusia 30 tahun itu menerusi laman media sosial menjelaskan dirinya masih mempertimbangkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya keselatamannya terancam.

Advertisement

Perkara itu susulan Yew Sin memuat naik tangkapan skrin ancaman dalam talian membabitkan pasangannya Teo Ee Yi, dengan ugutan untuk menetak tangan Ee Yi susulan tersingkir dalam saingan Masters Indonesia 2026 baru-baru ini.

"Saya tidak kisah menerima kritikan. Biasanya orang komen mengenai prestasi atau kekalahan, itu perkara biasa. Tapi kali ini sudah membabitkan ugutan untuk mencederakan, itu sudah melampau dan berbahaya.

"Sebenarnya saya tak mahu kongsi, tapi saya rasa orang perlu tahu. Bukan saya saja, ramai atlet lain pun melalui perkara sama,.

"Kalau nak komen pasal prestasi atau beri nasihat, itu masih boleh diterima. Tapi tak perlu sampai ugut nyawa atau nak cederakan orang,

"Kalau rasa keselamatan terganggu, lebih baik buat laporan polis. Untuk saya, saya masih mempertimbangkannya." katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Must Watch Video