Skip to main content

Bola Sepak

UEFA jatuhkan hukuman, pasukan berpotensi digantung

Marseile

Gergasi Perancis, Olympique de Marseille, yang bakal bertanding dalam Liga Europa pada 2026/27 tidak dibenarkan menambah pemain baharu ke dalam senarai utama mereka menjelang pertandingan Eropah selepas kegagalan mematuhi peraturan pendapatan.

Marseille adalah salah satu daripada beberapa kelab di bawah perjanjian penyelesaian dengan Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA (CFCB), dan perlu memenuhi sasaran pendapatan tertentu.

Kelab Ligue 1 itu "gagal mematuhi peraturan pendapatan bola sepak pada musim 2025/26 (meliputi tempoh yang berakhir pada 2023, 2024 dan 2025)," kata Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan.

Jika Marseille gagal mematuhi sasaran pendapatan bola sepak pada 2026/27, mereka akan digantung daripada kejohanan Eropah pada musim berikutnya.

Marseille didenda 6 juta Euro (RM28,066,080.00) dan menerima penalti tambahan sebanyak 4 juta Euro (RM18,710,720) kerana melanggar "peraturan kos pasukan", yang melarang skuad daripada membelanjakan lebih 70 peratus (%) daripada jumlah pendapatan bola sepak untuk gaji pemain, jurulatih, perpindahan dan yuran ejen.

"Kelab akan terus berusaha sedaya upaya untuk menghormati semua komitmennya dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh UEFA," kata Marseille dalam satu kenyataan.

"Olympique de Marseille kekal komited sepenuhnya untuk meneruskan pembangunannya berdasarkan asas sukan, ekonomi dan kewangan yang kukuh dan mampan."
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video