Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengecam keputusan pengadil susulan membatalkan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada anak buahnya sekali gus menafikan kemenangan mereka ketika berkunjung di Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Arsenal terikat 1-1 berdepan Atletico Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama dengan keputusan pengadil, Danny Makkelie, membatalkan penalti Arsenal yang diberikan selepas melihat video bantuan pengadil (VAR) untuk aksi itu berakhir tanpa tambahan jaringan.
Advertisement
Arteta berasakan terdapat sentuhan terhadap kaki Eberechi Eze.
A performance full of character 💪
Watch highlights from our first-leg draw with Atletico de Madrid 📺— Arsenal (@Arsenal) April 29, 2026
"Apa yang saya sangat marah ialah bagaimana penalti ke atas Ebs boleh dibatalkan. Jika anda perlu menontonnya 13 kali.. Itu gol yang boleh mengubah hala tuju musim ini, tidak sepatutnya berlaku." katanya.
Begitupun, dia kagum dengan bagaimana pasukannya bertahan dalam atmosfera di tempat lawan dan kedua-dua pasukan akan berdepan dalam aksi timbal balik di di Stadium Emirates nanti.