Bunga api punca kekalahan Atletico Madrid kepada Arsenal?
Sehari sebelum perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu berlangsung, perang psikologi didakwa telah dilancarkan oleh penyokong tuan rumah yang menyalakan bunga api di luar hotel pasukan Atletico Madrid, sekali gus menggangu persiapan dan rehat pemain.
Advertisement
Wartawan bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano, juga melaporkan kejadian itu dengan menegaskan ada cubaan untuk menggugat mental gergasi LaLiga itu untuk terus memberikan kelebihan terbaik buat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.
Susulan insiden itu, skuad kendalian Diego Simeone terus menghantar aduan kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), dan menyeru supaya siasatan dijalankan, termasuk mendenda The Gunners.
Awal pagi tadi, Arsenal berjaya menewaskan Atletico Madrid menerusi kemenangan agregat 2-1 untuk mara ke final buat kali pertama selepas 20 tahun.