Erling Haaland menemui semula sentuhan jaringan membantu Manchester City menewaskan Galatasaray 2-0 awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 Liga Juara-Juara dan mengelak pusingan play-off.
Selain Haaland, Rayan Cherki turut meledak gol kedua buat pasukan bimbingan Pep Guardiola, yang mengambil kesempatan daripada keputusan perlawanan lain untuk memastikan City kekal dalam kelompok lapan teratas.
Advertisement
Menyedari risiko beraksi di pusingan play-off, City memastikan mereka menutup fasa liga tanpa sebarang kesilapan.
Selepas diaibkan Bodo/Glimt minggu lalu, City bertindak balas dengan persembahan yang cemerlang ketika menewaskan menentang Galatasaray, yang kini terpaksa menunggu di play-off.