Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Penyokong Galatasaray buat Osimhen terharu

SAM

Penyerang utama Galatasaray, Victor Osimhen, tidak dapat menahan sebak apabila para penyokong memberikan penghormatan istimewa kepadanya sebelum sepak mula aksi pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool, awal pagi tadi.

Penyokong Galatasaray kelihatan mempamerkan kain rentang gergasi di stadium yang memaparkan gambar Osimhen bersama arwah ibunya, disertakan dengan mesej yang cukup menyentuh hati.

Advertisement

“Kami adalah sebuah keluarga, dan keluarga adalah segalanya.”

Detik itu jelas memberikan kesan mendalam kepada penyerang  berusia 27 tahun itu yang dilihat mengesat air mata ketika berdiri bersama rakan sepasukannya.

 

 

 

Sorakan kuat penyokong di stadium menambahkan lagi emosi Osimhen, sekali gus menggambarkan hubungan erat antara Osimhen dan penyokong kelab Turki itu.

Dalam perlawanan tersebut, Galatasaray berjaya menewaskan Liverpool 1-0 dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Mario Lemina pada minit ketujuh selepas tandukan Osimhen ketika situasi sepakan penjuru membuka ruang kepada jaringan itu berlaku.

Walaupun tidak mencatat nama sebagai penjaring, Osimhen jelas memainkan peranan penting menerusi pergerakan agresif dan kehadiran fizikalnya yang banyak mencipta ruang buat rakan sepasukan untuk melakukan percubaan berbahaya ke kubu lawan.

Liverpool cuba bangkit dengan beberapa percubaan lewat perlawanan, namun gagal menembusi benteng pertahanan Galatasaray yang kekal disiplin hingga wisel penamat.

Keputusan itu memberikan kelebihan tipis kepada Galatasaray menjelang aksi timbal balik di Anfield, minggu hadapan.

Must Watch Video