Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Jaringan berganda Aubameyang hantui Newcastle

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Marseille

MARSEILLE 2 NEWCASTLE 1

Eddie Howe mempertahankan prestasi Nick Pope selepas kesilapan penjaga gol Newcastle United itu menghukum mereka ketika berdepan Marseille.

Advertisement

Jaringan berganda Pierre-Emerick Aubameyang selepas Harvey Barnes terlebih dahulu membuka tirai jaringan perlawanan menjadi punca anak buah Howe tersungkur 1-2 di Perancis, awal pagi tadi.

Pope dihukum selepas meluru keluar dari pintu golnya dan gagal mendapatkan bola yang membolehkan Aubameyang memintasnya, seterusnya menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua.

"Saya fikir ia satu kebimbangan apabila kami dibolosi gol, tanpa mengira siapa yang bersalah," ujar pengurus itu.

"Saya fikir kami perlu melihat segala-galanya dengan fikiran yang seimbang.

 

 

 

 

 

"Dia telah menyelamatkan kami berkali-kali.

"Dia melakukan beberapa tampanan yang sangat baik ketika menentang Manchester City, baru sahaja dua hari lalu.

"Itulah kehidupan seorang penjaga gol tetapi saya pasti akan menyokongnya."

Must Watch Video