Chelsea kembali menemui rentak dalam usaha menamatkan saingan Liga Juara-Juara Eropah dalam kelompok lapan terbaik selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pafos awal pagi tadi.
Gol tunggal Moises Caicedo pada minit ke-78 apabila pemain tengah Ecuador itu cukup untuk memastikan tiga mata buat skuad kendalian Liam Rosenior.
Advertisement
Kemenangan itu membenarkan Chelsea naik ke tangga kelapan kedudukan keseluruhan menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki satu perlawanan, namun tugasan lebih mencabar menanti apabila mereka dijadual berkunjung ke Naples menentang Napoli kendalian bekas pengendali, Antonio Conte, minggu depan.