Luis Diaz dan Harry Kane memacu kemenangan tipis Bayern Munich menewaskan Real Madrid 2-1 dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Vincent Kompany mendahului dalam babak pertama selepas Diaz menoktahkan hantaran Serge Gnabry pada minit ke-41 untuk menewaskan Andriy Lunin.
Advertisement
Masuk babak keduak menyaksikan skuad Die Roten tidak menunggu lama untuk menghukum pasukan pelawat di laman sendiri apabila Harry Kane menyempurnakan hantaran Michael Olise dari tepi kotak penalti daripada situasi serangan balas untuk Bayern mendahului 2-0.
Accuracy is key 🎯 pic.twitter.com/pEV1Kjostd
— FC Bayern München (@FCBayern) April 7, 2026
Dalam 30 minit terakhir pula, Madrid kembali memperkemaskan corak permainan mereka sehingga Kylian Mbappe merapatkan deficit jaringan pada minit ke-72 menjadikan kedudukan 1-2.
Ketangkasan penjaga gol berpengalaman, Manuel Neuer, menafikan beberapa siri percubaan hasil gandingan duo -Mbappe dan Vinicius Jr- sehinggia wisel penamat dibunyikan.