Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Gerak tari Vinicius Junior bawa Real Madrid ke pusingan 16

UCL: Gerak tari Vinicius Junior bawa Real Madrid ke pusingan 16

Vinicius Junior memacu kemenangan Real Madrid apabila Benfica 2-1 pada aksi play-off Liga Juara-Juara awal pagi tadi, sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir 3-1 secara agregat.

Gol pemain sayap Brazil itu turut memisahkan kedua-dua pasukan pada aksi pertama yang dicemari insiden dakwaan penghinaan berunsur perkauman terhadapnya oleh pemain Benfica, Gianluca Prestianni yang menafikannya.

Advertisement

Skuad bimbingan Jose Mourinho masih berpeluang dalam pertemuan play-off itu dan mendahului di Santiago Bernabeu menerusi Rafa Silva, namun Aurelien Tchouameni pantas menyamakan kedudukan buat Madrid.

Benfica memberikan tentangan sengit kepada juara 15 kali itu, namun Vinicius yang tidak pernah lari daripada tumpuan menjaringkan gol pada minit ke-80 untuk menamatkan saingan.

Must Watch Video