Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Empat penjaga gol cedera, Bayern Munich bakal pertaruh khidmat pemain berusia 16 tahun?

PRESS

Bayern Munich berdepas krisis kecederaan penjaga gawang serius menjelang perlawanan pusingan 16, Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Atalanta, Khamis ini.

Perkara itu susulan penjaga gawang skuad utama pasukan iaitu Manuel Neuer, Sven Ulreich dan Jonas Urbig mengalami kecederaan.

Advertisement

 

 

 

Malah, penjaga gol skuad B-19 kelab gergasi Jerman itu juga turut bergelut dengan masalah kecederaan sekali gus menyaksikan hanya penjaga gol simpanan skuad B-19, Leonard Prescott, yang bebas daripada sebarang kecederaan untuk diturunkan.

Leonard yang masih berusia 16 tahun itu mempunyai ketinggian 1,96cm dilaporkan antara calon yang akan mengisi skuad utama dan diberikan kepercayaan oleh Vincent Kompany untuk melakukan debut pertama di pentas senior dan UCL.

Must Watch Video