Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Dua gol itu tidak patut berlaku -- Enzo Maresca

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Enzo

"Chelsea mula hilang kawalan di separuh masa kedua".

Itu komen ketua jurulatih Chelsea, Enzo Maresca, selepas The Blues kecundang 1-2 di tangan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Advertisement

Jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bermula garang dengan jaringan João Pedro pada minit ke-25, namun segalanya berubah sebaik babak kedua bermula.

Atalanta bangkit menerusi tandukan Gianluca Scamacca untuk jaringan pertama, sebelum rembatan padu Charles De Ketelaere di hujung permainan menewaskan penjaga gawang, Robert Sánchez, untuk gol kemenangan.

“Kami ada dua peluang terhidang untuk tambah gol, tapi selepas keputusan terikat 1-1, tumpuan kami hilang.

"Kedua-dua gol yang kami bolos sebenarnya boleh dielakkan," katanya.

Chelsea kelihatan dominan pada masa rehat, namun ritma mereka terganggu yang kemudiannya membuka ruang bagi Atalanta memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.

Dengan kekalahan ini, Chelsea kini perlu menang dalam dua baki perlawanan untuk memastikan slot automatik ke pusingan 16 terbaik.

Must Watch Video