Manchester United terpaksa akur menjadi mangsa belasahan kelab Itali, Como, yang membuat penampilan sulung di pentas Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas 1-4 awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Nico Paz seawal minit kedua sebelum giliran Anastasios Douvikas menambah derita The Red Devils pada minit ke-49.
Tidak terhenti di situ, skuad kendalian Cesc Fabregas itu terus garang memburu jaringan menerusi Paz sekali lagi serta jaringan keempat menerusi Jacobo Ramon dalam babak kedua perlawanan.
Full-time. https://t.co/hc3LZ9oGrl
— Manchester United (@ManUtd) October 21, 2026
Gol tunggal United pula hadir menerusi Joshua Zirkzee pada minit kecederaan, 90 minit Stadio Giuseppe Sinigaglia berakhir dengan United tewas 1-4 dan buat kali kedua berturut-turut dalam kempen UCL.
Keputusan itu menyaksikan jatuh di kedudukan ke-20 apabila hanya mengumpul tiga mata daripada tiga perlawanan, sementara Como di kedudukan kesembilan engan enam mata.