Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Bellingham berlapang dada terima kritikan, teguran penyokong Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jude

Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham, bersifat terbuka dalam menerima kritikan daripada penyokong Los Blancos selepas terpaksa akur tewas kepada Manchester City 1-2 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Xabi Alonso turun ke tangga ketujuh dalam carta Liga Juara-Juara (UCL) selepas enam perlawanan dengan mengumpul 12 mata ketika ini.

Advertisement

Madrid mencipta 17 rembatan ke arah kubu gawang skuad The Citizens, namun gagal menterjemahkan beberapa peluang terhidang di laman sendiri dengan tambahan jaringan.

"Penyokong membelanjakan banyak wang untuk menyokong kami, saya terima kritikan mereka. Kami perlu melakukan yang lebih baik untuk mereka." katanya.

Jaringan tunggal pasukan tuan rumah hadir menerusi Rodrygo, manakala gol City hasil jaringan Nico O'Reilly dan penggempur berbisa, Erling Haaland dalam babak pertama.

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 20 Jan
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Club Brugge-team-logo Club Brugge

Must Watch Video