Pengurus Real Madrid, Alvaro Arbeloa, tidak menafikan anak buahnya akan menerima saingan sengit ketika berdepan Bayern Munich dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Santiago Bernabeu, awal pagi esok.
Dia turut memuji kualiti yang dipamerkan skuad Die Roten dibawah kendalian Vincent Kompany dengan berasakan Bayern pasukan paling konsisten di pentas Eropah musim ini.
Advertisement
"Real Madrid sentiasa menghadapi cabaran berdepan pasukan-pasukan besar. Bayern sedang melalui musim luar biasa, daripada aspek keputusan dan gaya bola sepak mereka.
🚨 Álvaro Arbeloa: “Bayern have been the most consistent team in Europe this season”. pic.twitter.com/ShBlJjWBWt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 6, 2026
"Bayern (Munich) menjadi pasukan paling konsisten di Eropah musim ini. Kami tahu cabaran menanti kami di atas padang.
"Sejarah kami bersama Bayern sangat istimewa. Mereka sangat agresif ketika bertahan, banyak mencipta peluang menerusi bahagian sayap. Mereka seperti sebuah senjata yang lengkap. Kompany berhak meraih pujian kerana melakukan sesuatu yang hebat di Bayern Munich." katanya.
Vamos! 👊 pic.twitter.com/Zpi5wr7Mjl
— FC Bayern München (@FCBayern) April 6, 2026