Arsenal menamatkan kebuntuan apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama selepas 20 tahun dengan menewaskan gergasi Sepanyol menerusi agregat 2-1 di tempat sendiri, sebentar tadi.
Pemain kebangsaan England, Bukayo Saka, menjadi wira The Gunners apabila sentuhannya daripada bola muntah hasil rembatan Leandro Trossard menewaskan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak, sekali gus memimpin calon juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ke final.
Advertisement
Peminat tuan rumah bersorak keriangan tatkala penantian selama dua dekad itu berakhir, menghidupkan peluang untuk merangkul kejuaraan bola sepak kelab paling berprestij di Eropah itu.
First finalist confirmed ✅
Who will face Arsenal in Budapest? 🤔#UCL pic.twitter.com/DZwx5jlTMJ— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) May 5, 2026
Menanti mereka di Budapest, Hungary nanti sama ada Bayern Munich atau juara bertahan, Paris Saint-Germain.
Untuk rekod, kali terakhir skuad kendalian Mikel Arteta itu ke final pada musim 2005/06 menyaksikan mereka kalah kepada Barcelona.