Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Abang kawasan, Man Utd tak bagi muka dekat debut Sabah FK

MU
Advertisement

Kepulangan semula Manchester United dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) meriah susulan langkah kanan perlawanan pertama menewaskan pasukan debut, Sabah FK, di Old Trafford awal pagi tadi.

Persembahan paling meyakinkan setakat ini buat anak buah Michael Carrick yang berjaya menyumbat empat gol tanpa bolos, sekali gus meninggalkan kesan buat pihak lawan yang melakukan penampilan pertama dalam sejarah bertanding dalam kancah tertinggi bola sepak kelab di Eropah itu.

Advertisement

Sabah FK yang melakar sensasi selaku wakil Azerbaijan menjadi kelab termuda mewarnai kempen kali ini tatkala baru ditubuhkan sembilan tahun lalu pada 2017.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jon Irazabal, pernah beraksi bersama The Owls dua musim lalu sebelum menyertai Harimau Selatan.

Advertisement

Jurang pengalaman membezakan melihat gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mudah mengatasi Sabah FK menerusi jaringan Matheus Cunha Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan pertahanan tengah, Lisandro Martinez.

The Red Devils kemudian akan menentang seteru tempatan, Manchester City, pada Ahad ini untuk aksi liga seterusnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video