Skip to main content

Ragbi

UC TATI Rhino Sasar kelompok 5 terbaik SUKIPT 2026

TATI

Hanya berbaki kurang dari dua bulan sebelum tirai temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) edisi ketujuh yang akan bermula pada Ogos nanti, skuad ragbi UC TATI Rhino yang berpangkalan di Kemaman, Terengganu kini giat mempersiapkan pasukan walaupun berdepan jadual padat semester pengajian yang baru bermula ketika in.

Meletakkan sasaran awal untuk berada dalam kelompok lima terbaik daripada keseluruhan pasukan bertanding sekali gus merupakan misi yang perlu dilunaskan oleh setiap pemain yang terdiri dari pelajar-pelajar Kolej Universiti TATI setelah terkandas dalam aksi peringkat kumpulan pada edisi lalu di Sintok, Kedah.

Menurut pengurus pasukan, Ahmad Farid Ridhwan Zakaria yang menilai komitmen pemain-pemain senior dan kehadiran pemain baru berpengalaman yang memulakan pengajian di sini meletakkan pasukan ini berada di landasan yang terbaik untuk mencapai sasaran itu.

"SUKIPT yang berlangsung dalam tempoh dwitahunan memberi tempoh masa yang baik untuk persediaan setiap pasukan yang bertanding. Namun, hakiki setiap pemain ini adalah pelajar yang perlu menghabiskan pengajian masing-masing malah pasukan ini bukanlah pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan berbanding IPT-IPT lain yang dibarisi oleh pemain-pemain yang pernah beraksi di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa.

"Walaupun sedemikian, kami optimis untuk berada dalam kelompok 5 terbaik pasukan di kalangan setiap pasukan bertanding," ujar Ahmad Farid Ridhwan Zakaria selaku pengurus pasukan sejak 2016 bersama UC TATI Rhino.

Manakala bagi kapten pasukan, Muhammad Daniell Aqtar Uzir yang membuat penampilan ke-3 bersama pasukan untuk musim ini meletakkan harapan yang tinggi untuk menaiki podium SUKIPT 2026.

"Mungkin ini adalah penampilan terakhir saya bersama pasukan sejak 2026. Memandangkan saya akan tamat pengajian tidak lama lagi. Saya amat berharap kami sama-sama dapat memperbaiki rekod pasukan sekaligus sekurang-kurangnya ianya menjadi sesuatu yang terbaik untuk saya meninggalkan pasukan ini nanti," ujar kapten pasukan yang juga merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuteraan Elektrik di Kolej Universiti TATI ini.

Untuk rekod pada edisi lalu bagi acara ragbi 7 sepasukan lelaki, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan rekod tanpa kalah muncul juara setelah menewaskan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkesudahan 21-00.

Edisi ke-7 bagi musim ini dijadualkan bermula pada 28 Ogos nanti bertempat di Universiti Malaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melibatkan 65 kontijen yang terdiri daripada institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video