Skip to main content

Pickleball

TYPTI perkenal nafas baharu dalam dunia sukan raket

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sfs

TYPTI ialah sukan raket baharu yang kini mula jadi bualan ramai. Ia dicipta oleh Steve Bellamy, pengasas Tennis Channel, dan diperkenalkan secara rasmi di California.

Walaupun dimainkan di gelanggang pickleball biasa, Typti beri rasa yang berbeza. Ia gabungkan elemen tenis dan badminton, tapi guna bola buih yang sangat lembut dan selamat.

Advertisement

Bola ini boleh kena badan tanpa sakit, bunyinya pun lebih senyap. Permainannya pula lebih laju dan agresif berbanding pickleball yang banyak “dink”, jadi rali jadi lebih panjang dan seronok ditonton.

Pemain menggunakan raket bersenar khas dan sistem skor yang unik dipanggil “stake scoring”Kalau nak menang, kena ambil tiga mata berturut-turut.

Lagi menarik, bola tak terus mati walaupun terkena jaring, jadi permainan boleh sambung dan jadi lebih dramatik.

Tak hairanlah ramai selebriti dan atlet terkenal mula sokong, termasuk Nick Kyrgios dan Tony Robbins.

Paling menarik, setiap gelanggang pickleball boleh terus jadi gelanggang TYPTI. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video