Skip to main content

Bola Sepak

Tular: Salah pimpin bacaan doa sebelum perlawanan

Salah

Bintang Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah, mengetuai bacaan doa pasukan kebangsaannya sebelum perlawanan Kumpulan B, Piala Negara-negara Afrika (AFCON) menentang Zimbabwe pada Selasa lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik Persatuan Bolasepak Mesir, ketua pasukan The Pharoah itu mengetuai bacaaan doa ringkas dan surah Al-Quran untuk memohon perlindungan dan menyuntik semangat rakan sepasukannya.

Advertisement

Mesir lewat malam tadi menewaskan Afrika Selatan 1-0 untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 AFCON dengan Salah muncul penjaring tunggal menerusi sepakan penalti dalam separuh masa pertama.

Video:
 

 

 

Must Watch Video