Mujur dia tidak berkesempatan menyarung jersi Harimau Malaya.
Sebuah perkongsian video oleh laman pencari bakat, Harimau Abroad, memuat naik satu podcast yang tular apabila mendedahkan Sem Scheperman tidak pernah memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya.
Sebaliknya, pemain kelahiran Belanda itu hanya bergurau dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan susur galur selain negaranya sendiri.
Video itu mendapat perhatian orang ramai tatkala ada yang pernah mempercayainya sebelum ini.
❌ Dutch midfielder Sem Scheperman confirmed he didn't have Malaysian roots and revealed he was previously joking about having a Malaysian grandmother. https://t.co/NT59Qom7MX
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) October 17, 2026
Pada 2024, sebuah laman yang terkenal dengan informasi pemain berdarah kacukan memaklumkan Scheperman, selain Ferdy Druijf berpotensi memperkuat pasukan kebangsaan, namun segalanya palsu.
Kes pemalsuan dokumen telah menjadi pengajaran terbesar buat Harimau Malaya melihat tujuh pemain digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas mewakili Malaysia tahun lalu.