Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA buat kali keempat berturut-turut malam tadi ditambah dengan khabar angin yang tidak disangka-sangka.
Benarkah Harimau Selatan akan menandatangani bekas bintang terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL)?
Advertisement
Tular di media sosial apabila nama bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard, bakal memperkuat skuad kendalian Xisco Munoz dalam masa terdekat. Dan, persoalan itu menjadi pendebatan di kalangan peminat.
Umum mengetahui bahawa penyerang kebangsaan England itu sudah mengucapkan selamat tinggal kepada FC Seoul minggu lalu, dan sedang bergelar ejen bebas ketika ini.
Dalam laman sesawang rasmi JDT, nama Lingard jela terpampang, namun tiada maklumat penuh disediakan.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) December 14, 2025
Begitupun, ia bukanlah sesuatu yang janggal apabila nama seperti bintang Buriram United seperti Supachai Chaided dan Suphanat Mueanta, mahupun pemain dalam Liga Malaysia (Liga-M) juga boleh didapati dalam laman tersebut.
Ia, bermaksud hanya maklumat ringkas yang tersedia jika pengguna 'search manual' berkenaan beberapa pemain dalam laman itu.
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu menewaskan Sabah 5-0 di Bukit Jalil, semalam.