Skip to main content

Berita Sukan Am

TSDeaf Berdepan Krisis Kewangan dan Risiko Kehilangan Pejabat Operasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TSDeaf Berdepan Krisis Kewangan dan Risiko Kehilangan Pejabat Operasi

Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu (TSDeaf) ingin memaklumkan mengenai situasi kritikal yang sedang dihadapi susulan kekangan kewangan yang semakin mendesak sehingga menjejaskan kelangsungan operasi serta pembangunan atlet pekak di negeri Terengganu.

TSDeaf kini berhadapan kemungkinan terpaksa mengosongkan pejabat operasi akibat ketiadaan dana untuk menampung  tunggakan cukai taksiran. Situasi ini memberi kesan langsung kepada pengurusan persatuan, termasuk hal pentadbiran, mesyuarat dan penyelarasan program pembangunan sukan.

Advertisement

Sehingga kini, TSDeaf tidak menerima sebarang peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Kekurangan sokongan kewangan ini menghalang pelaksanaan program latihan, pembangunan bakat baharu serta penyediaan pasukan atlet untuk kejohanan negeri dan kebangsaan.

Hampir semua program dan aktiviti sukan terpaksa dihentikan disebabkan ketiadaan bajet. Keadaan ini menjejaskan peluang atlet pekak untuk menjalani latihan konsisten serta memperlahankan perkembangan mereka dalam arena sukan kompetitif.

TSDeaf merayu kepada Kerajaan Negeri Terengganu, agensi berkaitan, badan korporat dan masyarakat awam untuk tampil memberikan bantuan kewangan, penajaan atau kerjasama strategik. Sokongan tersebut amat penting bagi memastikan atlet pekak Terengganu terus diberi ruang, latihan dan peluang untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Presiden TSDeaf, Mohd Yusri Bin Abd Ghani, menyatakan, “Kami amat bimbang dengan keadaan semasa yang boleh menjejaskan masa depan atlet pekak di Terengganu. Tanpa sokongan kewangan segera, banyak usaha pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Kami berharap agar pihak berwajib dan masyarakat dapat bersama membantu agar sukan komuniti pekak terus hidup dan berkembang di negeri ini.”

TSDeaf kekal komited memperjuangkan akses, hak dan pembangunan atlet pekak. Namun, keadaan kritikal ketika ini memerlukan tindakan segera daripada semua pihak demi memastikan kelangsungan sukan komuniti pekak di Terengganu.

Must Watch Video