Pemain dart transjantina, Samantha Lewis, menyaman England Darts dan Tri Nations Darts kerana percaya dia menjadi mangsa diskriminasi.
Dua organisasi terbabit melarang Lewis, 29, daripada menyertai pertandingan di bawah anjuran mereka pada 2024, sambil Lewis menegaskan dia sudah menyertai saingan berkenaan sejak tujuh tahun lalu.
Organisasi itu kemudian menegaskan larangan ke atasnya dibuat berikutan pertikaiannya dengan atlet wanita, Deta Hedman, di Facebook dan bukannya didorong isu transjantina