Skip to main content

Sukan Lain

Toyota Gazoo Racing: Prima Pearl SP Selatan idam kejuaaran ketiga walaupun ada banyak faktor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Toyota

Dua pasukan dalam perebutan mengejar mahkota kejuaraan keseluruhan menjelang perlumbaan pusingan keempat kategori super sporting Toyota Gazoo Racing, hujung minggu ini di Sepang.

Selepas mengharungi tiga pusingan -- pasukan Prima Pearl SP Selatan mendahului kedudukan menerusi kelebihan tipis ke atas pencabar kejuaraan, Telagamas Toyota .

Namun, pengenalan format baru peraturan 'success ballast' menjadikan saingan semakin terbuka.

Advertisement

Bagi perlumbaan pertama yang bermula Jumaat ini -- jentera Prima Pearl SP Selatan terpaksa berlumba dengan bebanan tambahan susulan keputusan positif pada perlumbaan pusingan ketiga yang lalu, sekali gus mendatangkan cabaran tersendiri buat pemandu, Mitchell Cheah.

"Banyak faktor menjadi aspek. Dan, kita harus menambah bebanan lagi.

"Menjelang perlumbaan keempat ini, perbezaan kami dengan tempat kedua hanya satu mata sahaja.

"Ini bermakna, kejuaraan masih terbuka.

"Harapnya kami dapat membawa balik kejuaraan ini untuk kali ketiga buat pasukan," prinsipal pasukan, Tengku Djan Ley.
 

Must Watch Video